Cara-cara bayaran balik pinjaman PTPTN

Sponsored Links

Kebanyakan pelajar-pelajar universiti, termasuk MisterLeaf meminjam wang daripada PTPTN (Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

Terdapat banyak cara untuk bayar balik pinjaman PTPTN, seperti: melalui kaunter, potongan gaji, perbankan internet (internet banking) dan sebagainya.

Bayaran Balik PTPTN

Walaupun kita boleh bayar balik melalui banyak cara, tetapi caj-caj yang dikenakan oleh bank adalah berbeza. Ada bank yang mengenakan caj sehingga RM 2 setiap kali kita bayar, ada bank yang mengenakan caj RM 0.50 sahaja.

Berikut adalah jadual pembayaran PTPTN melalui kaunter dan perbankan internet.

Kaunter Bayaran PTPTN
Caj Bank
(RM)
Tempoh kemaskini
Ibu Pejabat PTPTN0.00serta-merta
One Stop Centre PTPTN, KL Sentral0.00serta-merta
One Stop Centre PTPTN,Putrajaya 0.00serta-merta
Ibu Pejabat LHDNM 0.00Bulan berikutnya
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)1.003 hari
Bank Simpanan Nasional1.003 hari
CIMB Bank Berhad2.003 hari
Pos Malaysia Berhad2.003 hari

Perbankan Internet PTPTN
Caj Bank
(RM)
Tempoh kemaskini
FPX
(www.ptptn.gov.my)
0.50 serta-merta
CIMB Bank Berhad
(www.cimbclicks.com.my)
0.503 hari
Maybank
(www.maybank2u.com.my)
1.003 hari
Public Bank Berhad
(www.pbebank.com)
1.003 hari
RHB Bank
(www.rhb.com.my)
1.003 hari
BIMB
(www.bankislam.com.my)
1.003 hari
Pos Online
(www.posonline.com.my)
0.503 hari

Akaun PTPTN akan dikemaskan setiap bulan sebelum 17 haribulan, oleh itu kita harus bayar sebelum atau pada 13 haribulan untuk diproses.